One of my hobbies is to photographing ! Check out some of my pictures that I had taken by myself

One of my hobbies is to photographing ! Check out some of my pictures that I had taken by myself
I love photographing . This is one of my pictures that I had taken during my visit to Tasik Kenyir with my family last year .. A view from our room , very nice and awesome , isn't it ?

Wednesday 2 September 2015

Diploma Perikanan - Universiti Malaysia Terengganu

Assalamualaikum buat semua pembaca blog setia sayaaaa (haha poyo je) Seperti yang sis bagitahu , untuk entry kali ni sis nak ceritaa kat hampaa semuaa pasal diploma perikanan kan kan .. Okay , so apa itu DIPLOMA PERIKANAN ? Sebut je perikanan , antara mindset masyarakat sekarang yang sememangnya amat mengguris hati sis . . . . . . . . . .
''Alahh apa kerlasss belajar pasal ikan..."  
"Nanti kerja jual2 ikan ke?'' 
''Kau nak jadi apa nanti , nelayan?'' 
''Setakat belajar pasal ikan apalah sangattt'' 
''Takyahh la , better ko amik kos yang lebih menjamin masa depan kau'' 
''Haa, perikanan ? Kau biar betul ? Kau budak sains kot amik perikanan buat apa rugi laa weh"


STOP STOP STOP !!



Heihh tak sanggup dah sis nak sambung .. Kalau korang nak tau , memang ada antara dialog2 di atas yang memang ditujukan kat sis masa sis mula2 buat keputusan nak amik kos ni .. Okay first sis nak betulkan mindset yang tak berapa nak betul tu .. Rezeki ni semua kat tangan ALLAH SWT so kalau lahh ditakdirkan kau memang tak dapat kerja , belajar la setinggi mana pom kau memang takkan dapat .. Tapi kalau ditakdirkan ALLAH SWT nak bagi kau kerja , kau amik la bidang apa pom rezeki kau memang akan ada kat mana2 .. So pleaseeeeeee bukak minda ye pembaca2 yang sis kasihi sekalian .. (maaf ye membebel pulakk)

Haaa tu baru muqadimmah ahaha .. Okay so lets get back to the topic ^_^

1. For your information, ada dua sahaja universiti yang menawarkan Diploma Perikanan di Malaysia ni .. Pertama tempat sis belajar ni la, (UMT di Terengganu) dan UMS di Sabah.. Dan untuk pengetahuan anda jugak , tahun demi tahun bilangan pelajar yang memohon kos ini semakin meningkat tau .. Ini menunjukkan masyarakat kian sedar tentang kewujudan dan kepentingan kos ini .. Untuk tahun ni saja , terlalu ramai pelajar yang mohon kos ni tapi tak semua dapat kerana permintaan yang melebihi kuota .. Sebab tu sis syukur sangat2 sebab dapat kos ni. Alhamdulillah . (first choice kot dalam UPU haha)


























2. Nama pun perikanan@fisheries sudah tentulah anda akan belajar pasal ikan .. You will learn about various species of fishes including their scientific names , bezakan spesies apa yang tinggal kat laut dan air tawar .. Bedah2 ikan .. Sis dah puas dah bedah2 ikan ni siap pernah bedah jerung (syokkkk tapi kena tahan hanyir la sikit haha) Haaaa lepas dah siap bedah tu mesti laa kena keluarkan organ ikan dan label sekali ye .. Untuk korang yang rajin tolong mak kat dapur menyiang ikan , haa korang akan rasa nikmatnya bedah ikan ni hahaha . Bagi yang jarang duk dapur tu memang korang kekok la nanti .. But don't worries lama2 anda akan biasa .. Other than that korang jugak akan belajar pasal sotong , kerang , macam2 la kehidupan laut .. Yang engkorangg tak pernah jumpa haaa semuaa korang akan jumpa dan belajar kat sini .. Ada jugak yang species yang hanya boleh dilihat under microscope .. Betapa ALLAH ni Maha Berkuasa ,, uniknya makhluk ciptaanNya ..


Macam pelepah ayam kan haha
Comel kan kan kan? 


















Ketam .....


Sis lupa dahh tangan sapaaa ni  . . . . . . . 


Haa ni kitorang dissect sharkk ~




3. Lets move on to the subject that you will learn in this course .. Haa sebelum tu nak bagitau program menarik yang ditawarkan oleh pihak UMT untuk anda yang nak amik kos ini .. Sejak tahun 2014 , UMT menawarkan program 2+2+1 .. Apa tu ?? Haa macam ni .. Lepas SPM tu kan kalau korang memang nak sambung perikanan kat UMT ni , korang kena amik diploma 2 tahun , degree 2 tahun dan master 1 tahun .. Haaa jimat tak jimat tak ? Jimattt kannnn, mana nak carik oi lima tahun dapat master ! Tu kalau anda belajar betul2 dan dapat pointer yan melayakkan anda untuk sambung studies la , kalau malasss pointer rendahhh sampai ada fail, jawabnyer kena repeat balik la .. Okay sebagai pelajar tahun satu diploma perikanan , sis akan share serba sedikit subjek2 yang sis amik sepanjang belajar kos ni masa FIRST SEM ~

  • Biologi Ikan
  • Sains Perikanan
  • Biologi Invertebrat 1
  • English Academic and Communication (EAC)
  • Computer System and Application
  • Swimming Class (elektif-korang boleh pilih sendiri)

4. Untuk uolls yang amik aliran sains tulen masa secondary school , ada kelebihan la sikit pasal korang belajar Biology kan .. Macam sis la .. Sis ni lepasan SM Sains Hulu Terengganu or lebih dikenali sebahgai Sahut .. Tapi ada je yang bukan asal aliran sains tulen amik kos ni siap boleh dapat dekan .. Nothing impossible , asalkan niat tu betul nak belajar sungguh2 .. Overall bagi sis , belajar kos ni sangat fun and enjoy ..Takde nak serabut2 kepala sangat macam zaman sekolah duluu .. Takde nak stress2 bagai melainkan anda sendiri yang buat hal .. Maksud sis yang jenis suka tangguh assignment dan memang tak fokus langsung during the class .. Assignment pom tak susah mana .. Kalau kat lab tu , selain bedah ikan korang jugak kena lukis2 ikan .. Berikut merupakan gambar2 yang sis pernah lukis heheh ..









5.  By the way satu peringatan dan pesanan untuk uolls.. Korang jangan ingat korang amik perikanan masa diploma korang dah tak boleh amik kos lain masa degree .. SALAH TU .. Korang boleh je nak amik akukultur or kos2 lain .. Kat UMT , Pusat Pengajian Sains dan Akuakultur (School of Fisheries and Aquaculture Sciences) ada menawarkan pelbagai program pengajian di peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana Sains (Kerja Kursus), Sarjana Sains (Struktur Penyelidikan) dan Doktor Falsafah (Struktur Penyelidikan) . Proram2 berkenaan termasuklah :-

  1. Diploma Perikanan ( Sis ambikk ni la)
  2. Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan)
  3. Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Akuakuktur)
  4. Sarjana Sains Akuakultur (Kerja Kursus)
  5. Sarjana Sains Perikanan Tropika Lestari (Kerja Kursus)
  6. Sarjana Sains (Struktur Penyelidikan)
  7. Doktor Falsafah (Struktur Penyelidikan)

6. Apa lagi nak citer yek .. Haa pasal pekerjaan . Sia tahu dahhh memang ni la yang korang duk pikir kan .. Aku nak kerja apaaa ni ehh kalau amik kos perikanan .. Haa banyak je pilihan .. Masyarakat sekarang je yang belum celik mata mengenai kos ni .. Asal perikanan je nelayan , asal perikanan je jual ikan .. Macam takde benda lain -,- Haa sis nak taip malas pulak sebab ada banyak sangattt laluan kerjaya yang boleh dipilih .. So don't worries , sis akan bagi gambar kat korang , senang sikit ehehe .. Nah check this out :-)

































7.  Aipp aipp .. Quincess Ariana .. Sampai bila nak habih ni .. Hahaaa okay2 sis macam ni la kalau menaip memang susah nak berhenti .. Soo sampai sini jelah kot . Diharapkan entry kali ni dapat membantu korang untuk mengetahui serba sedikit mengenai Program Diploma Perikanan dekat UMT ni .. Next entry sis kan citer pasal Pulau Bidong and Swimming Class ! Bunyi cam menarikkkk je  .. Haaa memang menarikkk pownn tak caye hangpa tunggu my next post akan datang yee .. Sis akan share gambar2 masa kat Pulau nanti , just wait okay hehe .. Terima kasih sebab sudi jenguk blog sis and baca sampai habisss hehe .. Komen la sikiitt support sis baru buat blog ni eheheh .. Have a nice and lovely day mmuahh  ! ~

32 comments:

  1. terbaik....thanks for the courses and career info

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tme kasih banyak sahabat ! Karang i'll visit your blog pulak hehe  

      Delete
  2. Good info..bagus untuk student yg berminat dan nk tahu pasal kos ni..

    ReplyDelete
  3. Kalau amek kos ni pastu nak sambung degree dalam sains marin boleh tak ? hee :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf la ye lambat reply.. Boleh2 takde hal :)

      Delete
  4. Saye pon pikir mcm tu jgk...nk amik deg sains marin....boleh ke?

    ReplyDelete
  5. Saye pon pikir mcm tu jgk...nk amik deg sains marin....boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh sangat :) deg sains marin mmg ada ditawarkan

      Delete
    2. Boleh sangat :) deg sains marin mmg ada ditawarkan

      Delete
  6. Assalam .. nk ke arah usahawan tu mcm mana ea ?

    ReplyDelete
  7. Assalam .. nk ke arah usahawan tu mcm mana ea ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.. Ramai je graduan umt bekas dip perikanan yang jadi usahawan.. Nanti bila belajar ada topik keusahawan so jangan risau segalanya akan diajar.

      Delete
  8. salam kak, saya dapat kos ni tapi di upm kampus bintulu :) just nk tanya kos ni ade main selam2 ke dlm laut ? hahaa cant wait bulan depan masuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam dik.. Maaf la kak dh lame x jenguk blog ni.. Kalau selam2 xpasti tp kalau snorkeling mmg ada.. Itu kalau kat umt lah. Tp yg pasti sapa amik kos ni mmg ada krj lapangan kt pulau so rsenye mmg wajib la trjun dlm laut 😂

      Delete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Best kan belajar kos ni. Dulu sy pun x minat sgt kos ni. Tp lepas masuk baru sy rasa betapa syoknya belajar kos ni. Btw jom sama2 kita masuk sarjana muda sains gunaan perikanan in few more days and be batchmates again.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha yapp best sangat2.. Thanks sbb support Sharnietha, haha.. Majulah ikan untuk negara

      Delete
  11. Assalam..kak..sy pelajar aliran sastera..boleh ke sy NK amik Kos ni..sbb mmng sy minat n tetap nk ambik kos ni..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam dik.. Maaf lmbt reply xsmpat nk jenguk blog.. Boleh je dik,xde msalah.. Adik bole rujuk syarat khas program kat gmbar atas..

      Delete
    2. Alhamdulillah..Thanks kak sbb reply..bsemangt sy nk amik cos ni haha

      Delete
    3. Haha ya ampun dik maaf lah.. Kak memang lama sgt dah tinggal blog ni.. Skrg bljr kat mana dah?

      Delete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Salam sis...sy lepasan spm 2017. Boleh x sy mntak contact number atau fb atau mana2 saluran yg sis sesuai utk share pendapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.. Maaf ya blog ni dh lama terabai.. Btw boleh email sy kat @siti.nazurah98@gmailcom

      Delete
  14. Kenapa sy email tak.lepas hantar .. Sy ada banyak benda nak minta pendapat akak ..

    ReplyDelete
  15. Klau lpaa abis diploma perikanan ni nk sambung bio marine bleh x kak? 🤔

    ReplyDelete
  16. Assalam sis, saya fizik and kimia dapat D, cuma biologi je C+. While bi bm saya A- dan A. Saya ada mohon course perikanan ni sebagai pilihan keenam saya. Agak agak sis, saya layak tak untuk course perikanan ni? Btw saya student lepasan spm 2019.

    ReplyDelete
  17. Klau diploma amik aquakultur..nnti time degree boleh tukar ke?

    ReplyDelete